Monday, May 5, 2008

Perkhidmatan


Assalamualaikum,,untuk posting pada kali ini,kami dari `kedai runcit`ingin mengiklankan salah satu dari perkhidmatan universal kami bersempena dengan kemunculan blog `kedai runcit`kami. Kami dari pihak `kedai runcit`mengambil cakna akan kemaslahatan keselamatan penuntut-penuntut Malaysia khususnya yg berada di Mansurah. Oleh itu kami tidak mahu ketinggalan untuk menyumbangkan sedikit jasa kepada rakan-rakan kami di sini dengan menawarkan perkhidmatan `musyrif`. Sudah tentu kalian sudah mengetahui fungsi musyrif tersebut so kami tidak mahu berceloteh dengan panjang lebar lagi,jadi jika saudari-saudari di Mansurah ingin menggunakan perkhidmatan tersebut. Sila lah menghubungi kami @ tinggalkan pesanan di shoutbox @ atau menerusi talian telefon yang sedia maaruf. Salam. .

Majlis Angkat Beras berlangsung sempurna..


Assalamualaikum,,,majlis angkat beras telah berlangsung pada 4 Mei 2008 bermula di Bait Rambo kemudian terus ke Bait Ustaz Daing dan berakhir di Bait Kedai Runcit. Walaupun pada awalnya berlaku sedikit kelewatan penghantaran,tetapi ini tidak memadam sedikit pun semangat persaudaraan para penuntut..walaupun sedikit terkilan dengan penghantaran yang sedikit terlewat.

Tetapi apabila dihidangkan dengan Nasi berlaukkan ayam masak kicap,maka hilanglah segala dukacita tersebut..Walau apapun yang terjadi,ini tidak mematahkan semangat anak melayu yang berusaha untuk mendapatkan sesuap nasi,kami tetap mahukan nasi tidak kira apapun keadaannya. Takbir!!!!!

Sunday, May 4, 2008